Tuesday, 13 December 2011

Hari ini Hari Selasa..

 UiTM Senantiasa Di Hatiku.....


Setelah tamat kursus media baru UiTM zon selatan beberapa hari yang lalu, banyak pengalaman yang aku timba dari program ini...
Aku belajar tentang apa itu media baru dan pro dan kontra nya kepada kita..
Aku yakin telah belajar sesuatu yg baru..
Aku bertekad untuk menyumbangkan sesuatu kepada rakan-rakan seperjuangan ku di UiTM ini agar kami tidak LIHAT ia menjadi makin lemah kerana ada gangguan oleh anasir-anasir luar...
Aku akan gunakan segala ilmu yang aku timba sebagai panduan di kemudian hari..








Aku yakin yang suatu hari nanti aku akan dapat membantu dari segi curahan idea bukannya wang ringgit...
Aku yakin yang suatu hari nanti rakan-rakanku akan turut membantu..
Aku yakin yang UiTM atau aku wujudkan maknanya sendiri Universiti ingin Tolong Melayu ini dapat terus ku pertahankan demi generasi hadapan...
Kerana siapa lagi yang perlu mempertahankan kalau bukan kita MAHASISWA DAN MAHASISWI YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERBANGSA MELAYU...


INGATLAH!!!!




Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

No comments:

Post a Comment