AUKU?..
Tentu ramai diantara kita telah mengetahui apa itu AUKU... Namun hari ini, tika ini, saat ini..ia kembali di persoalkan oleh sesetengah pihak yang di mana pemikiran mereka telah di sempitkan dengan ideologi yang mempertikaikan kembali kredibiliti AUKU sebagai sebuah akta yang selama ini di terima pakai..
Berbalik kembali kepada penubuhan AUKU..Ia adalah singkatan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang di realisasikan pada 1971. Namun begitu, hari ini mengapa mahasiswa-mahasiswa universiti kembali mempertikaikan AUKU. Mereka menuntut kepada kerajaan agar meminda akta yang telah sedia ada agar mereka mempunyai kebebasan untuk bersuara. Perkara ini perlulah diperhalusi sebaik-baiknya agar tidak menjadi kudis yang akan merosakkan segala-galanya..
Di sini dapat dikatakan bahawa AUKU tidak perlulah dipinda kerana ia merupakan akta yang sejak azalinya telah diperhalusi kandungannya. Hal ini kerana natijahnya adalah buruk. Oleh itu, disini ada beberapa alasan mengapa AUKU tidak perlu di pinda.
- Pertama sekali sudah tentu AUKU sendiri merupakan akta yang melindungi mahasiswa.
- Mahasiswa merupakan harapan masyarakat.
- Dapat melahirkan seorang mahasiswa yang bertamadun, dan kesan yang akan di terima jika AUKU di pinda ialah wujudnya golongan samseng politik di kalangan mahasiswa.
Berdasarkan 3 alasan di atas mengapa AUKU tidak perlu di pinda kerana mahasiswa merupakan satu aset kepada negara kerana dari sini akan lahir pemimpin akan datang.Kerugian kepada negara jika akar umbinya telah rosak di sebabkan inginkan kepuasan.
FOTO MENJADI BUKTI CETEKNYA PEMIKIRAN MEREKA

Luahan hati yang tidak puas dengan nikmat yang diberikan...

Kesempitan pemikiran kerana kurangnya pendirian...
Oleh itu, jika AUKU itu sendiri terus dipinda maka ia akan menimbulkan pelbagai masalah kepada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.Sedangkan kita tahu sampai masanya nanti mahasiswa itu akan dapat berpolitik secara bebas. Akhirnya mereka menerima juga apa yang mereka mahukan.Berpolitik semasa belajar ibarat membuang apa yang baik dan menerima apa yang buruk.Oleh itu, AUKU tidak perlu di pinda jika hanya untuk memuaskan hati sesetengah pihak walhal kesan buruk daripadanya boleh menjadi kesan yang berpanjangan.
![]() |
Adakah kita hendak menjadi seperti Mesir??.
OLEH ITU.....!!!!
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana





No comments:
Post a Comment