Adakalanya manusia berada di atas. Adakalanya manusia berada di bawah. Tiada siapa yang selamanya akan di atas. Tiada siapa juga yang akan berada di bawah selamanya.
Saturday, 11 February 2012
Keris Pusaka: Dr. Hassan Ali Gempur Kubu Kuat PAS,Pemimpin PAS M...
Keris Pusaka: Dr. Hassan Ali Gempur Kubu Kuat PAS,Pemimpin PAS M...: Nampaknya usaha Dr. Hassan Ali dalam mempertahankan aqidah umat islam dari terus tercalar makin kuat kesannya.Manakan tidak,ceramah Dr. Hass...
Thursday, 9 February 2012
Unit Media Baru PPUM: Bila Bumi Dipijak Milik Orang!
Unit Media Baru PPUM: Bila Bumi Dipijak Milik Orang!: Bila bumi dipijak milik orang — Nurul Anuar Kari February 03, 2012 3 FEB — Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan P...
Wednesday, 8 February 2012
MatKilau Penang: Adam Adli Megamuk Kerana #AmanKampus.
Adam Adli Megamuk Kerana #AmanKampus.: Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun b...
tun faisal dot com: Muslimat Pas yang gersang
Muslimat Pas yang gersang: Muslimat yang gersang. Pakai tudung labuh, suara ibarat himar. Apa nak buat, hidup jarang ada hiburan sebab semuanya haram dan di...
Singapura Tunggu Anwar Kata OK ? Sebab Tu Anwar Ta...
Isu Politik Semasa: Singapura Tunggu Anwar Kata OK ? Sebab Tu Anwar Ta...: Tahukah kita betapa besarnya kesan isu Rusuhan Demonstrasi Bersih Murtad Bersama Ambiga akan menimpa kestabilan negara kita Malaysia ? Nama...
Unit Media Baru PPUM: [Akhbar Cina] Sin Chew laga-lagakan Hasan dan Ibra...
[Akhbar Cina] Sin Chew laga-lagakan Hasan dan Ibra...: [Nota: Jelasnya Timbalan Editor Sin Chew tidak benar-benar faham tentang kisah 3 Abdul. Dalam cerita 3 Abdul ada penasihat misai kon...
Sungguhpun ada diantara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf dan kedudukan kita, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua, iaitu kita hendak meninggikan dan memilihara maruah serta kesopanan bangsa kita."
"Masa orang Melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang Melayu, kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera".
"Bersatulah sebagaimana kita belum pernah bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana kita belum pernah berusaha."
Dato' Onn Bin Jaafar
Pencetus Idealisme Kemerdekaan

SUMPAH MELAYU..
DULU HANG TUAH KATAKAN "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"
MUNGKIN BANGSA MELAYU ITU TIDAK AKAN HILANG, TAPI IDENTITI SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG MANA PEGANGAN AGAMANYA ISLAM AKAN HILANG..
MUNGKIN BANGSA MELAYU ITU TIDAK AKAN HILANG, TAPI IDENTITI SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG MANA PEGANGAN AGAMANYA ISLAM AKAN HILANG..
AUKU..MANA KESUDAHANNYA..??
Ini dia jawapan Ridhuan Tee:
Saya amat memahami tindakan Menteri Besar (MB) Kedah ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka didapati bersalah menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz, 25 Mei tahun lalu.
Tindakan berhemah MB Kedah yang saya kenali ketika beliau menjadi ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah tepat dan professional, berbanding dengan pandangan ‘pakar perlembagaan’ yang masih menggunakan gelaran professor, walaupun tidak lagi berkhidmat di universiti. Untuk makluman semua, gelaran professor tidak perlu digugurkan, kerana secara otomatik gelaran itu terlucut setelah seseorang itu tidak lagi berkhidmat di universiti. Janganlah berkelentong, terlalu perasan dan lancang menyalahkan orang lain. Hormatilah kepakaran seseorang, terutamanya seorang yang bergelar MB, bekas ahli akademik dan ulamak yang disegani. Saya tidak fikir seorang ulamak mahu membuat keputusan menempah diri ke neraka, berbanding dengan tindakan orang yang jahil Islam yang sombong kononnya pakar dan sekular sosialis.
Sepatutnya kita mencontohilah sifat bertanggungjawab, tegas dan berani MB Kedah. Begitu terserlah sifat keUMARannya. Barulah boleh dikatakan mencontohi gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berbanding dengan ultra kiasu yang memperalatkan nama khalifah ini untuk mencairkan hati orang Melayu. MB Kedah bersedia untuk dipecat jika dirasakan tindakannya itu bertentangan dengan Buku Jingga yang menjadi dasar Pakatan Rakyat ultra kiasu, yang mahukan AUKU dihapuskan.
Tindakan MB Kedah ini ternyata begitu memahami aspirasi pelajar dan nasib Melayu di bumi Melayu. Bagi mereka yang memahami psiki dan cara hidup Melayu, AUKU tidak hanya boleh dilihat dari aspek perundangan semata, tetapi hendaklah juga diadunkan cara berfikir dan budaya Melayu. Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?
Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.
Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.
Berbalik kepada AUKU, MB Kedah yang tidak sedikitpun gentar malah berani berkata Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat, bukan al Quran. Menolak Buku Jingga tidak akan menjadikan seseorang itu kufur berbanding menolak al-Quran. Apatah lagi jika dibandingkan Buku Jingga dengan perlembagaan. Sudah tentu perlembagaan lebih besar sifatnya, kenapa masih tidak dipatuhi? Saya amat hairan, mereka sering menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka, demokrasi entah ke mana. Adakah orang seperti ini kita harapkan untuk memerintah negara?
Kajian yang dilakukan secara akademik, yang mana pandangan kami selaku ahli akademik turut diambil kira, menunjukkan bahawa 60 peratus mahukan AUKU dipinda, hanya 40 peratus sahaja mahu dimansuhkan. Ini bermakna, AUKU masih relevan. Bermakna, AUKU hanya perlu dipinda, bukan dihapuskan seperti mana pandangan Perdana Menteri.
Namun, ‘pakar perlembagaan’ yang begitu ghairah mahu bertanding di Parlimen Sabak Bernam dalam PRU 13 berkata AUKU mesti dihapuskan. Pakar ini hanya pandai berteori. Tidak berpijak di bumi nyata. Jika beliau menjadi peguam, saya yakin beliau akan kalah berhujah di mahkamah kepada peguam muda yang baru keluar mengadakan latihan dalam kamar (chambering). Pandangannya tidak mencerminkan kepakarannya. Jika beliau begitu bernafsu untuk bertanding dalam PRU 13, elok juga dipertemukan buku dengan ruas di sana. Kita lihat sehebat mana dia.
Kata pakar ini lagi, undang-undang terbahagi dua, undang-undang jahat dan undang-undang baik. Undang-undang jahat mesti dihapuskan. Rakyat tidakboleh berselindung di sebalik undang-undang jahat. Bermakna, ‘pakar’ ini mahu kita mengambil kesempatan ke atas undang-undang baik, sebagaimana yang dilakukannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Apa yang saya dengar, bukan suatu perkara mudah untuk memberhentikan beliau di UIA. Sebab ada undang-undang baik yang melindungi beliau. Sebab itu, pakar ini memperalatkan undang-undang baik tersebut untuk kepentingan dirinya. Apabila undang-undang baik tersebut telah dapat diperalatkan, maka tidak ada cara lain lagi, melainkan berhenti. Maka hari ini beliau mahu menjadi jaguh menentang undang-undang jahat, bagi melindungi orang jahat.
Pada saya kenyataan ‘pakar’ ini agak kurang ajar.Meskipun beliau anti kepada AUKU, tidak sepatutnya begitu ghairah menyerang MB Kedah. Siapakah pakar ini berbanding dengan ulamak seperti MB Kedah? Pakar ini mahu menonjol supaya dipilih untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Sedangkan kajian menunjukkan, kampus sepatutnya menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka. Semasa menjadi pimpinan pelajar dahulu, saya juga mempunyai pandangan yang sama, AUKU mesti dihapuskan kerana ia menyekat kebebasan pelajar.
Tetapi setelah difikirkan dan diadunkan AUKU ini dengan pkisi pelajar Melayu,maka terfikirkan saya sebenarnya AUKU diwujudkan untuk menyelamat umat Islam (Melayu).
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Friday, 3 February 2012
AUKU - APA KATA TUN MAHATHIR
[Artikle Blog Tun Dr. Mahathir Mohd]
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatanpolitik . Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripadaduit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKUhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html
Triple S: Padateman , AUKU tidak sama sekali menidakkan hak-hak mahasiswa.Hanya mahasiswa yang berfikiran sempit sahaja sibuk melaungkan AUKU ini menindas mahasiswa sekarang ini. Kenapa bila DS Najib mengumumkan AUKU akan dipinda ,tiba-tiba ramai sahaja yang muncul menjadi HERO kononnya MEWAKILI SUARA SEMUA MAHASISWA YANG TERTEKAN.
Teman tak rasa tertekan cuma teman sedih melihat kononnye kawan teman yang tidak faham apakah kebebasan menjadi LEMBU kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda polotik masing-masing.
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKUhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html
Triple S: Pada
Teman tak rasa tertekan cuma teman sedih melihat kononnye kawan teman yang tidak faham apakah kebebasan menjadi LEMBU kepada mereka-mereka yang mempunyai agenda polotik masing-masing.
Asabiahkah mencintai bangsaku?
Fathul Bari
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA
TRIPLE S : ASSABIYAH ITU BERSEKONGKOL MELAKUKAN KEJAHATAN YANG DILAKUKAN OLEH KAUM KITA.
Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji dan mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa? Sedangkan Rasulullah sendiri berbangga dan mencintai sukunya Bani Hasyim.
BAPA saya namanya Mat Jahya bin Hussin. Ibu saya Naimah binti Jaafar. Jelas Melayu kedua-duanya. Sementara itu walaupun saya dinamakan sempena sebuah kitab agung karya Al Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) iaitu Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, kemudian saya telah menyambung pengajian di Madinah dan kemudian ke Jordan; saya berguru dengan puluhan ulama Islam, sering mengenakan jubah, berjanggut, memakai kopiah, membaca kitab-kitab tulisan Arab dan boleh berbahasa Arab; itu tidak menjadikan saya sebagai Bangsa Islam. Malah wujudkah istilah Bangsa Islam?
Fathul Bari Bin Mat Jahya tetap Melayu walaupun saya melakukan pembedahan plastik!
Lantas apakah perasaan saya untuk mencintai bangsa saya, Supaya membantu bangsa ini agar maju dan berjaya, menyedarkan kaum saya yang terlupa, mempertahankan hak mereka sebagai empunya tanah pusaka; segala usaha saya ini dikatakan sebagai asabiah?
Sekiranya apa yang saya usahakan ini dikatakan haram dan berdosa, bawakanlah dalilnya. Persoalan yang ingin ditanya adalah: Apakah mencintai bangsa sendiri itu haram? Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji? Apakah mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa?
Kalam Allah atau hadis mana yang dijadikan sandaran untuk mengharamkan perbuatan ini? Atau orang yang mengharamkannya hanya sekadar membawa ayat al-Quran secara umum tetapi dipusingkan maknanya agar bersesuaian dengan selera mereka?
Sekiranya semua itu haram, kenapakah Allah SWT mewujudkan kita dalam rupa dan warna yang berbeza sehingga menamakan sahabat Nabi SAW sebagai Muhajirin dan Ansar di dalam al Quran? Juga sehingga Rasulullah sering menyandarkan nama bangsa kepada para sahabatnya.
Rasulullah SAW bersabda: "Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja'; mereka ialah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya". (riwayat Muslim).
Ironinya para sahabat tidaklah memandang panggilan suku itu sebagai asabiahseperti yang kita fahami hari ini. Makanya apakah kita lebih alim daripada sahabat, dan apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah SAW untuk mengelak mencintai suku sendiri?
Rasulullah SAW mencintai Bani Hasyim. Bahkan Rasulullah sendiri berbangga dan mencintai sukunya.
Dalam sebuah hadis sahih, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Ismail iaitu suku Kinanah dan daripada Bani Kinanah, iaitu suku Quraisy, daripada suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku daripada Bani Hasyim" (riwayat Muslim).
Apakah Rasulullah SAW asabiah? Lantas Rasulullah menyuruh umat Islam untuk mencintai Bani Hasyim dan Ahlul Bait dengan berkata: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian (Bani Hasyim) kerana Allah dan kerana mereka itu (Bani Hasyim) ialah kaum kerabatku."
Apa yang saya tuturkan di atas adalah kecintaan Rasulullah SAW kepada sukunya dan perintah beliau untuk mencintai Ahlul Bait yang beriman. Namun hadis yang akan saya nukilkan di bawah, sekali pandang seperti Rasulullah SAW seorang "rasis". Baginda seperti merendahkan martabat Bangsa Habsyah dalam hadis mentaati pemimpin:
"Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba berbangsa Habsyi..." (riwayat al-Bukhari).
Kalau mengikut pemahaman umum yang selalu digembar-gemburkan maka kita akan berkata bahawa Rasulullah SAW melakukan asabiah kerana mengagungkan Bani Hasyim dan menghinakan Bangsa Habsyah!
Namun apakah benar pemahaman seperti ini? Pasti pemahaman seperti ini adalah batil kerana kita - Muslim - beriman bahawa manusia yang paling adil ialah Rasulullah SAW. Rasulullah adil kepada Bani Hasyim dan adil kepada Bangsa Habsyah.
Makna Asabiah
Lanjutan daripada itu, apakah makna sebenar asabiah jika mencintai bangsa sendiri, menolong memajukan bangsa sendiri, mempertahankan hak bangsa sebagai waris tanah pusaka; dihitung sebagai hal yang dibolehkan?
Jawapannya telah Rasulullah SAW rungkaikan ketika seorang sahabat bertanya soalan yang hampir serupa. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Adakah termasuk perbuatan asabiah apabila seseorang itu mencintai bangsanya? Rasulullah menjawab: Tidak, tetapi asabiah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman".(riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Fahamlah kita bahawa dikatakan asabiah adalah apabila kita bersekongkol dalam melakukan kejahatan yang dilakukan oleh kaum kita. Kita membela mereka ketika kita mengetahui kaum kita melakukan penindasan. Juga kita mendiamkan atau enggan menjadi saksi ketika kaum kita diadili dan didakwa atas sesuatu kesalahan. Inilah asabiah yang sebenarnya.
Kerana bagi siapa yang cerdik dan bijak, pasti mereka mengetahui bahawa bangsa Arab yang menghuni di dunia pada tahun kenabian sangatlah mencintai bangsanya dan sangat kuat ikatan kesukuan. Malah para ilmuan sosiologi dan antropologi akan mendapati bahawa mereka saling membantu untuk memajukan bangsa mereka.
Hal ini cukuplah kita nyatakan bahawa Uthman r.a. melantik para pembesarnya daripada Bani Umayyah sehinggakan kaum Khawarij dan kaum sesat menghina malah menggerakkan massa agar membunuh beliau atas fitnah kononnya melakukan nepotisme.
Malah Uthman r.a. dikatakan melakukan korupsi apabila memberikan khumus (1/5 harta rampasan perang) kepada Abdullah Bin Sa'ad Bin Abu Sarah, Mirwan bin Al Hakkam dan Al Harits Bin Al Hakam yang merupakan Bani Umayyah dan saudara beliau.
Namun Uthman r.a. terlalu jauh daripada tuduhan keji tersebut. Murrah bin Ka'ab ra berkata:"Aku mendengar daripada Rasulullah SAW ketika baginda menyebut tentang fitnah yang akan terjadi di tengah-tengah umat Islam.
Pada ketika menyebut tentang fitnah ini, berlalu seorang lelaki yang bertutup kepalanya dengan kain. Baginda lantas bersabda: "Pada hari tersebut orang ini berada di atas petunjuk" … sambil menunjuk ke arah lelaki yang bertutup itu. (Murrah menyambung) Maka aku pergi kepada lelaki bertutup itu, ternyata beliau ialah 'Uthman bin 'Affan. Kemudian ketika wajah 'Uthman aku perlihatkan kepada Rasulullah, aku bertanya: "Orang inikah anda maksudkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya." (riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)
Cuba kita fikirkan, sekiranya menantu Rasulullah SAW yang dijamin syurga juga dituduh asabiah, nepotisme dan korupsi kerana melantik beberapa pembesar yang berkebolehan daripada Bani Umayah, pasti usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan hak mereka akan dikatakan sebagai "kerja dosa".
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA
TRIPLE S : ASSABIYAH ITU BERSEKONGKOL MELAKUKAN KEJAHATAN YANG DILAKUKAN OLEH KAUM KITA.
Subscribe to:
Comments (Atom)